Sinopsis Indera Joned

Mengisahkan Epul yang mendapat kuasa aneh apabila terjumpa gelang kepunyaan Indera Joned. Ceritanya bermula dengan Indera Joned pada zaman dahulu dianggap sebagai seorang lagenda dikalangan penduduk kerana kesungguhan beliau dalam mempertahankan harta berharga daripada dirampas oleh Bintara Hitam dan rakan-rakannya. Kisah mitos itu telah tersebar luas sejak zaman berzaman bahkan hingga ke generasi kini. Malah penduduk kampung mempercayai akan sumpahan Bintara Hitam, Jalak, Ganang dan Kesam. Dipercayai bahawa jika sesiapa melintasi Bukit Bunuh, sumpahan mereka akan terbatal.